Want your
own Fotopage?







 


By: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Jan-2013 07:39 Email | Share | Bookmark
Permohonan LPS Bagi Tahun Baru Cina Dibuka

PERMOHONAN LESEN PERUBAHAN SEMENTARA (LPS) BAGI TAHUN BARU CINA DIBUKA

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2013: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (“S.P.A.D.”) hari ini memaklumkan bahawa permohonan untuk mendapatkan Lesen Perubahan Sementara (“LPS”) bagi perayaan Tahun Baru Cina telah dibuka bermula 29 Januari 2013 hingga 7 Februari 2013. Permohonan hendaklah dibuat oleh syarikat-syarikat bas ekspres untuk menggunakan bas sekolah, bas pekerja, bas catar, bas berhenti-henti dan bas persiaran sebagai perkhidmatan bas ekspress tambahan bagi menampung permintaan orang ramai sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina 2013.

Prihatin dengan permintaan yang tinggi oleh orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan bas ekspres pada musim perayaan, S.P.A.D. menyeru pengendali bas ekspres untuk memohon LPS dengan lebih awal. Ini akan membantu para pengendali untuk membuat perancangan yang lebih efektif dari segi kekerapan, laluan dan jumlah bas, sekaligus memastikan perkhidmatan yang selamat diberikan kepada pengguna semasa musim perayaan tersebut.

S.P.A.D. menjangkakan akan menerima sebanyak 2,000 permohonan LPS pada tahun ini. Walaubagaimanapun, pemohon yang memenuhi kriteria dan berkebolehan sahaja akan diberikan LPS ini.

Syarat yang perlu dipatuhi antaranya adalah hanya bas-bas yang berusia tidak melebihi 15 tahun sahaja yang boleh digunakan sebagai bas ekspres tambahan selain dari mempunyai cukai jalan dan perlindungan insuran yang sah. Semua bas ekspres tambahan hendaklah mempamerkan kelulusan LPS dan maklumat bas ekspres tambahan di dalam semua bas ekspres tambahan yang berkenaan.

Bas-bas ekspres tambahan ini juga mestilah beroperasi di terminal dan kawasan yang dibenarkan sahaja. Mereka juga mestilah menjual tiket-tiket bas yang sah di kaunter masing-masing. Pengguna dinasihatkan supaya membeli tiket di kaunter yang berkenaan dan berhati-hati dengan tawaran dari‘ulat tiket’ atau sindiket yang tidak bertanggungjawab yang beroperasi pada musim perayaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Bas ekspres tambahan boleh mengenakan caj tambahan sebanyak 10% dari harga asal tiket tetapi caj tambahan ini tidak boleh dikenakan dengan sewenang-wenangnya Hanya bas ekspres tambahan yang mendapat kelulusan LPS sahaja yang dibenarkan mengenakan caj tambahan ini. Pengguna dinasihatkan supaya lebih prihatin berkenaan perkara ini. Senarai pengendali dan nombor plat bas yang telah diluluskan LPS boleh disemak di laman sesawang S.P.A.D. (www.spad.gov.my)

Dalam pada itu, Bahagian Penguatkuasaan S.P.A.D. akan menggandakan operasi pada musim perayaan nanti bagi memastikan sebarang aktiviti yang tidak sihat dapat dikawal sepenuhnya.

Kami menyeru kepada semua pengendali untuk berhubung atau berjumpa dengan pihak S.P.A.D. berkenaan sebarang kemusykilan mahupun pertanyaan berhubung penggunaan bas ekspres tambahan ini. Apa yang penting adalah keselamatan penumpang mestilah diutamakan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net