Want your
own Fotopage?








 


By: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 22-Jan-2013 08:24 Email | Share | Bookmark
Data permit teksi Lembah Klang dikemas kini: SPAD

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengemas kini data berhubung jumlah permit teksi individu di Lembah Klang yang tidak aktif.

Gerak kerja itu bertujuan membolehkan SPAD menyelaras dan menyeragam kadar sewa teksi di Lembah Klang bagi menjadikannya perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata hingga kini ada 37,000 permit teksi di Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang mana 45 peratus daripada jumlah berkenaan adalah permit teksi individu.


Ramai pihak selalu bertanya kepada kami bila permit teksi individu boleh dikeluarkan, tetapi mereka perlu faham jika terlalu banyak permit dikeluarkan, akan berlaku lambakan teksi dan akibatnya semua pemandu teksi tidak boleh cari makan.

Kita perlu tengok dengan teliti, kalau ada individu yang sudah tidak berminat lagi untuk membawa teksi, kita akan beri kepada orang lain yang berminat.

Buat masa ini, SPAD sedang mengumpul maklumat mengenai bilangan permit yang sudah tidak digunakan atau mati, katanya sambil menambah ketika ini tidak berlaku kekurangan teksi di Lembah Klang.

Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra dengan lebih 500 pemandu teksi Lembah Kelang di ibu pejabat SPAD di KL Sentral di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismail Mohamed Kamal dan Pengerusi Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Aslah Abdullah.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, kajian pihaknya mendapati kebanyakan pemilik permit teksi individu sama ada telah menjual permit mereka kepada syarikat teksi atau menjadi pemajak kerana sudah tidak mampu menanggung kos operasi pengendalian yang semakin tinggi.

Perkara ini dibenarkan, justeru untuk mengubah sistem ini akan mengambil masa. Kami tidak boleh menghapuskan semuanya begitu saja sebab Perdana Menteri mahu melihat transformasi dalam perkhidmatan teksi mampu memberi manfaat kepada semua pihak tanpa mendatangkan kesan yang menjejaskan, katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua pemandu teksi supaya dapat bekerjasama dalam menaik taraf perkhidmatan serta membasmi amalan negatif termasuk tidak menggunakan meter, sikap kurang mesra dan mengenakan caj tambang yang luar biasa. - Berita Harian


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net