Want your
own Fotopage?







 


By: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Jan-2013 17:22 Email | Share | Bookmark
Perak, SPAD Kerjasama Sediakan Pelan Pengangkutan Awam

Perak, SPAD Kerjasama Sediakan Pelan Pembangunan Sistem Pengangkutan Awam

IPOH, 9 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini bekerjasama menyediakan pelan pembangunan sistem pengangkutan awam secara keseluruhan untuk negeri Perak bagi jangka masa panjang.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelan yang akan disiapkan menjelang 2014 itu merupakan satu perancangan untuk sistem pengangkutan bagi jangka masa 20 tahun.

"Perancangan itu sedang disusun...Sebagai permulaan SPAD akan membuat kajian awal serta 'pilot project' di tiga buah daerah," katanya kepada pemberita ketika melawat terminal bas baru Ipoh atau dikenali sebagai Terminal Amanjaya di Meru Raya di sini Rabu.

Beliau berkata projek di Manjung, Perak Tengah, dan Ipoh itu akan dinilai dari segi keberkesanan sistem pengangkutan berkenaan.

Katanya Terminal Amanjaya yang mula beroperasi 25 Sept lepas merupakan satu permulaan dan ia menunjukkan kerajaan negeri amat serius membangunkan sistem pengangkutan bersepadu dengan kerjasama pihak swasta.

-- BERNAMA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net