Want your
own Fotopage?






 


By: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-Jan-2013 16:49 Email | Share | Bookmark
S.P.A.D tidak akan keluarkan permit baru

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan mengeluarkan permit baharu buat masa ini kerana jumlah yang sedia ada sudah melebihi daripada permintaan pasaran, kata pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Katanya, lambakan berlaku apabila ramai pemilik permit telah memajakkan atau menjual permit itu pada pihak lain.

“Sana sini orang mengadu tak dapat permit. Kita boleh keluarkan, tetapi akhirnya ada ledakan dan teksi berlambak. Kesudahannya semua orang tak boleh cari makan.


“Kita juga sedang mengumpul maklumat mengenai individu yang mendapat permit tetapi tidak menggunakannya, atau permitnya sudah mati supaya mereka boleh menyerahkan balik permit itu.

“Dengan cara itu kita mungkin akan dapat mengurangkan lesen individu dan membantu mereka yang berminat keluar daripada sistem pajak mendapatkan pembiayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Lembah Klang di ibupejabat SPAD, pada Isnin.


Syed Hamd berkata cadangan itu masih dalam peringkat rundingan dengan beberapa pihak terutamanya syarikat pengusaha teksi dan pemilik permit individu.

“Kita kena tengok perkara ini dengan teliti,. Individu yang sudah tidak berminat kita tarik balik permitnya dan beri kepada yang betul-betul berminat kerana lesen individu tidak boleh dipajak kepada orang lain,” katanya.

Syed Hamid berkata SPAD telah mengeluarkan 37,000 permit teksi di Kuala Lumpur dan Lembah Klang dan daripada jumlah itu 45 peratus adalah permit individu.

Syed berkata SPAD juga akan mengkaji sistem pemajakan yang berbeza-beza kadarnya.

“Kita sedang kaji supaya ada satu sistem yang selaras terutama dari segi harga pajakan. SPAD bukan mahu masuk campur tetapi kita mahu berbuat demikian supaya industri teksi ini dapat berkembang,” katanya.

Syed Hamid turut mengulas mengenai peranan SPAD dalam program Tahun Melawat Malaysia 2014 memandangkan imej teksi negara ini tercalar mengikut laporan antarabangsa.

“Laporan antarabangsa mengatakan pemandu teksi di Malaysia merupakan yang terburuk di dunia. Sekarang kita mahu mengubah imej yang tercemar ini.

“Pemandu teksi mesti bekerjasama dengan SPAD untuk membantu meningkatkan imej, terutama mengenai aduan enggan menggunakan meter, kurang mesra dan mengenakan tambang luar biasa,” katanya.

Hamid berkata tidak semua pemandu teksi di negara ini bersikap demikian, tetapi perlakuan segelintir pemandu yang membuat orang luar beranggapan semua pemandu teksi Malaysia begitu.


Syed Hamid yang juga salah seorang ahli jawatankuasa kabinet mengenai pelancongan, berkata, SPAD bercadang memperkenalkan anugerah kepada pemandu-pemandu teksi dan syarikat teksi yang berhemah dalam usaha meningkatkan kualiti pemandu teksi.

Katanya SPAD juga sedang mengkaji pembahagian kategori teksi yang pada pendapatnya terlalu banyak.

Selain itu, katanya, SPAD akan mewujudkan lebih banyak program ramah mesra di antara pihak pengurusan dengan pengusaha dan pemandu teksi – 21/1/13.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net