Want your
own Fotopage?







 


By: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 19-Dec-2012 17:23 Email | Share | Bookmark
Syarat baru SPAD pada semua kenderaan barangan

 
 
 


Setiap kenderaan barangan dimestikan mematuhi Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (Code of Procedure – Safety, Health and Environment) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mulai Januari tahun hadapan dan kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan lesen mereka digantung.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata, syarat itu akan dimasukkan dalam lesen pengendali kenderaan. Katanya, langkah itu perlu memandangkan peningkatan kadar kemalangan yang membabitkan lori dan bas ekspres.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mengadakan taklimat Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (Code of Procedure kepada pengusaha lori di Kuala Lumpur, Rabu.

Taklimat itu adalah siri ketiga yang diadakan oleh SPAD yang sebelum ini mengadakannya dengan pengusaha bas ekspres pada Oktober lalu dan pengendali bas henti-henti serta bas sekolah pada awal Disember.

Syed Hamid berkata, sebelum syarat berkenaan dikuatkuasa, SPAD akan memastikan semua pengendali, pengusaha dan pengurusan syarikat bas dan lori menjalani latihan kod amalan berkenaan.

Menurut Syed Hamid, 28 peratus kemalangan jalanraya membabitkan kenderaan yang membawa barangan berat. Katanya sejumlah 125,648 kemalangan membabitkan kenderaan berat berlaku pada 2011 berbanding 116,037 pada 2010. Manakala kadar kematian meningkat kepada 247 pada tahun lalu berbanding 202 pada 2010. - 19/12/12.- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net