Want your
own Fotopage?








 


By: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Dec-2012 00:38 Email | Share | Bookmark
SPAD Beri Lampu Hijau Pembinaan Trem Di Melaka

SPAD Beri Lampu Hijau Pembinaan Trem Di Melaka

MELAKA, 12 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi lampu hijau bagi projek trem di Melaka walaupun undang-undang berkaitan penggunaannya masih belum wujud di negara ini.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kerja-kerja teknikal seperti pembinaan landasan dan depoh boleh dimulakan sementara menunggu undang-undang pengangkutan trem digubal.

"Undang-undang jalan raya sedia ada tidak merangkumi penggunaan trem dan belum ada peraturan yang mentadbir pergerakannya. Namun kita benarkan projek ini diteruskan kerana kita masih ada masa untuk mewujudkan undang-undang itu selagi operasi trem belum dimulakan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini pada Rabu.

Beliau berkata SPAD telah mengadakan perbincangan dengan pihak Peguam Negara dalam merangka undang-undang tersebut sebelum ia dibawa ke Parlimen untuk digazet.

Dalam pada itu, katanya SPAD akan meminta laporan terperinci mengenai aspek keselamatan dan penyelenggaraan sistem trem daripada pihak pemaju bagi memastikan kelancaran pengangkutan tersebut.

-- BERNAMA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net