Want your
own Fotopage?








 


By: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Dec-2012 00:35 Email | Share | Bookmark
Dewan Negara: SPAD Perkenal Kaedah MyTeksi & Taxi Monger

Dewan Negara: SPAD Perkenal Kaedah MyTeksi, Taxi Monger Tingkat Kecekapan Pemandu Teksi

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang giat memperkenal kaedah baharu bagi membolehkan pemandu teksi negara ini meningkatkan kecekapan mereka, Dewan Negara diberitahu Selasa.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata kaedah berkenaan termasuk memperkenal penggunaan aplikasi MyTeksi dan Taxi Monger.

"Aplikasi MyTeksi dan Taxi Monger merupakan aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna untuk membuat tempahan teksi dengan lebih mudah," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Pau Chiong Ung yang mahu tahu mengenai usaha SPAD memulihkan reputasi pemandu teksi Kuala Lumpur yang didakwa (hasil kaji selidik sebuah syarikat teksi London) sebagai pemandu teksi paling teruk di dunia.

Ahmad berkata dua aplikasi berkenaan juga memberi peluang kepada pemandu teksi untuk mendapatkan penumpang dengan lebih cekap dan berkesan kerana ia akan memberikan maklumat seperti jarak penumpang terdekat dan destinasi yang hendak dituju.

Katanya, SPAD akan turut mempertingkat tindakan penguatkuasaan bagi membanteras amalan-amalan negatif yang dilakukan oleh pemandu teksi dan memastikan mereka menjalankan operasi mengikut peraturan dan syarat ditetapkan.

-- BERNAMA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net