Want your
own Fotopage?






 


By: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Dec-2012 00:34 Email | Share | Bookmark
Kerajaan Akan Teruskan Program Tukar Tayar TR1Ma Tahun Depan

Kerajaan Akan Teruskan Program Tukar Tayar TR1Ma Tahun Depan

SHAH ALAM, 15 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan meneruskan program menukar tayar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada tahun depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata fasa kedua program yang diperkenal Jun lepas itu akan dilaksana selepas Jun depan.

"Saya telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) mengenai perkara itu dan kerajaan juga akan mempertimbangkan untuk terus memberi bantuan berkenaan kepada pemandu teksi di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Dialog Santai bersama Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam di sini Sabtu.

TR1Ma adalah inisiatif kerajaan untuk memberi subsidi kepada pemandu teksi yang bertujuan meringankan beban mereka menanggung kos penyelenggaraan kenderaan, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan teksi di Malaysia.

Sehingga pertengahan Oktober lepas, Ahmad berkata berkata sebanyak 72 peratus baucar tayar bernilai RM520 telah ditunaikan di bawah program TR1Ma.

-- BERNAMA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net