Want your
own Fotopage?








 


By: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Dec-2012 23:07 Email | Share | Bookmark
Ulat tiket positif dadah dan warga Indon ditahan dlm Ops Parasit

 
 
 
 
 
 
 
Ulat tiket positif dadah dan warga Indon ditahan dalam Ops Parasit



Dua orang “ulat tiket bas”, dua penagih dadah dan seorang warganegara Indonesia ditahan dalam operasi bersepadu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen yang dijalankan di Pudu Sentral dari 12 tengahari sehingga 6 petang, Sabtu.



Operasi yang dinamakan Ops Parasit itu diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Dato Paduka Che Hasni Che Ahmad. Ia membabitkan 10 anggota AADK, lapan pegawai Imigresen dan 35 pegawai penguatkuasa SPAD.

Che Hasni berkata, kelima-lima yang ditangkap itu akan didakwa di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Darat dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM50 ribu atau penjara dua tahun, atau kedua-duanya sekali.



Sementara dua orang “ulat tiket” yang juga didapati positif dadah juga akan didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya dan “ulat tiket” warganegara Indonesia juga akan didakwa di bawah Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pasport lawatan untuk kegiatan haram.

“Ulat tiket” dari Indonesia itu ialah seorang wanita berusia 26 tahun dan mempunyai seorang anak, diberkas ketika dia sedang menjual tiket ke Johor Baharu dengan harga RM35 setiap seorang kepada tiga orang mangsa. Apa yang pelik, dia hanya memberikan mereka sekeping tiket untuk dikongsi bersama.

“Saya jual tiket ke Johor Baharu RM35 sekeping dan ambil komisen RM5. Saya baru dua hari buat kerja ini. Sebelum ini saya kerja kilang,” kata wanita itu ketika ditanya wartawan.

Turut menjadi mangsa salah seorang “ulat tiket” itu ialah seorang pemuda Myanmar. Dia ditawarkan tiket itu ketika sedang minum di sebuah restoran berdekatan Pudu Sentral.

“Ini kali pertama saya beli tiket dari orang. Saya tak tahu kita dimestikan beli tiket di kaunter. Saya tak faham undang-undang di sini. Biasanya majikan saya yang belikan tiket,” kata warga Myanmar itu yang mahu ke Johor Bahru.

Pemuda Myanmar itu terkejut apabila diberitahu Pudu Sentral hanya menjual tiket ke utara. Dia dibenarkan pulang setelah memberi keterangan dan menunjukkan pengenalan yang sah kepada pegawai penguatkuasa SPAD.

Che Hasni berkata, SPAD akan membawa dua orang “ulat tiket” ke balai polis berdekatan sementara dua “ulat” yang didapati positif dadah diserahkan kepada AADK dan wanita warga Indonesia itu diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan susulan.

Katanya ulat-ulat itu akan diambil keterangan di balai polis dan selepas itu mesti mendapatkan seseorang untuk mengikat jamin sekiranya mahu dilepaskan sementara kertas siasatan disiapkan.

Menurut Che Hasni, setakat tahun ini pihaknya telah menangkap 30 orang ulat tiket, berbanding 29 tahun lalu. – 15/12/12.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net