Want your
own Fotopage?







 


By: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Dec-2012 15:21 Email | Share | Bookmark
Pindaan Laluan Hijau Bas "GO KL"

 
 
PINDAAN LALUAN HIJAU BAS ‘GO KL’



KUALA LUMPUR (5 Disember 2012): Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin mengumumkan pindaan Laluan Hijau Bas GO KL berkuatkuasa pada 7 Disember 2012. Laluan Hijau sebelum ini beroperasi dari Jalan Ampang, KLCC ke Bukit Bintang melalui Jalan P. Ramlee dan Jalan Raja Chulan dan kembali ke Jalan Ampang, KLCC.

Di dalam usaha memperluaskan lagi kawasan perkhidmatan GO KL ke beberapa kawasan baru yang telah dikenalpasti sebagai berpotensi sebagai kawasan tumpuan utama pengguna pengangkutan awam, SPAD telah meluluskan pindaan Laluan Hijau seperti berikut (sila lihat peta yang dilampirkan bersama):

1. Bermula : Jalan Ampang (KLCC)

2. Melalui : Jalan Sultan Ismail (Hotel Concorde, Life Center, Wisma Genting),

Jalan Raja Chulan (Pavillion, Hotel Prince),

Jalan Imbi (Ritz-Carlton Hotel, Sakura Restaurant, Berjaya Times Square),

Jalan 1/77B, Changkat Thambi Dollah (SMK (P) Bandaraya),

Jalan Sultan Ismail (Bukit Bintang Plaza, Wisma Genesis, Menara KH),

Jalan P.Ramlee (Wisma Rohas Perkasa),

Jalan Pinang (Grand Hyatt Hotel),

Jalan Kia Peng,

Persiaran KLCC (KLCC Convention Centre, Traders Hotel, Menara ESSO),

Jalan Binjai (Menara Felda, the Binjai, Intercontinental Hotel),

3. Kembali : Jalan Ampang (Citibank, Wisma Atlan, KLCC)

Sehubungan dengan itu, SPAD berharap pemindaan ini akan memberikan lebih manfaat kepada pengguna pengangkutan awam darat di sekitar Pusat Perniagaan Daerah (‘Central Business District’) Kuala Lumpur. Buat masa ini, secara purata penumpang harian bagi perkhidmatan GO KL telah meningkat kepada 14,000 penumpang sehari bagi kedua-dua laluan (hamper 7,000 penumpang sehari bagi Laluan Hijau).

Inisiatif GO KL yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Ogos 2012, adalah satu inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan NKRA GTP 2.0 bagi memberikan pilihan dan kemudahan pengangkutan awam yang cekap bagi rakyat. Ianya menyokong usaha SPAD di dalam mentransformasi pengangkutan awam darat menjadi mod pengangkutan pilihan utama rakyat.

Peta Laluan Hijau yang baru



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net