Want your
own Fotopage?







 


By: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Nov-2012 11:50 Email | Share | Bookmark
Pelekat Kenderaan Awam SPAD memudahkan orang awam

Dalam usaha menambahbaik saluran maklumbalas dan aduan pengguna, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melancarkan pelekat baru bagi semua kenderaan perdagangan yang dilengkapi dengan alamat saluran twitter, email dan talian bebas tol (hotline).

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pelekat berkenaan memudahkan orang awam membuat aduan terhadap mana-mana perkhidmatan pengangkutan awam.

Katanya, pelekat berkenaan juga dilengkapi dengan Quick Response Code (QR Code) yang memberi kemudahan kepada pengguna telefon pintar, sealiran dan sesuai dengan trend penggunaan terkini.

Syed Hamid berkata, setiap kenderaan perdagangan diwajibkan menggunakan pelekat baharu itu mulai 1 Jun 2013. Katanya SPAD merasakan tempoh sehingga tarikh itu memadai untuk semua yang terlibat menukar pelekat lama kepada yang baharu.

"Orangramai juga boleh menyemak status aduan selepas berjaya menghantar secara atas talian,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Talian Baharu dan Pelekat Kenderaan Awam SPAD di Terminal Bas Bersepadu di Kuala Lumpur, Jumaat.

Orang ramai yang ingin memberikan sebarang maklumat berhubung pengangkutan awam darat boleh berbuat demikian melalui talian bebas tol 1-800-88-SPAD (7723), emel (aduan@spad.gov.my), laman Twitter (@aduanTwitter) atau laman web (www.spad.gov.my). – 9/11/12.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net