Want your
own Fotopage?








 


By: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Jul-2011 17:49 Email | Share | Bookmark
Pengerusi SPAD tegur sikap ‘last minute’ pemilik lesen kenderaan

 
 
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar mengingatkan SPAD tidak boleh menyambung tempoh pendaftaran semula lesen kenderaan perdagangan pengusaha pengangkutan awam bas, teksi, kenderaan pelancongan dan lori dengan agensi itu yang berakhir pada 30 September ini.



Jika tidak berbuat demikian lesen mereka akan luput.


"Sudah tiga bulan tetapi bilangan yang daftar masih agak kecil. Orang kita selaku suka buat 'last minute' dan berharap kita akan menyambung tempoh pendaftaran tersebut. Kita tidak boleh menyambung sebab perkara ini bukan ditentukan oleh SPAD tetapi oleh undang-undang. Perkara ini perlu dipandang serius,”katanya.

Beliau memberitahu sejak 1 April hanya 19 ribu daripada 80 ribu pemilik lesen kenderaan perdagangan di Semenanjung Malaysia mendaftar semula dengan SPAD sejak 1 April 2011.

Pengerusi SPAD itu meminta baki 61 ribu pengusaha pengangkutan awam agar mendaftar segera dengan SPAD dan tidak menunggu sehingga hari terakhir pada 30 September.


"Di Wilayah Tengah sehingga kini hanya 20 peratus pengusaha pengangkutan awam sahaja berdaftar dengan SPAD," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan lebih 100 pengusaha pengangkutan awam darat, di Putrajaya Rabu 20 Julai.

Syed Hamid berkata bila SPAD menggantikan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)semua pemilik lesen kenderaan perdagangan di Semenanjung Malaysia perlu mendaftarkan semula dengan SPAD.

Katanya mengikut Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010, kegagalan pelesen mendaftar semula dalam tempoh yang diberikan akan menyebabkan lesen tersebut luput.

Jelasnya pendaftaran semula juga membolehkan SPAD mengemaskinikan segala maklumat pelesen yang diperlukan seperti alamat, nombor telefon, umur, jangka hayat lesen pengusaha sekaligus meningkatkan kawal selia serta memudahkan transformasi industri pengangkutan awam darat di negara ini.

Sementara itu Syed Hamid berkata permohonan untuk Lesen Pengeluaran Sementara (LPS) bagi perkhidmatan bas tambahan untuk musim perayaan Aidilfitri dibuka mulai 1 Ogos hingga 15 Ogos depan.

"Tempoh LPS ini adalah tujuh hari sebelum dan lapan hari selepas perayaan," katanya lagi.-20/7/2011


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net